21 July, 2013

pagi ahad.

selamat 21. hampir 6 bulan blog ini sendiri. hampir 6 bulan juga aku ONLY BLOG AUTHORS yang boleh baca blog ni. hampir berbulan bulan tidak berblowalking. alhamdulillah. 12/07/2013 yang lepas genaplah 21 tahun aku menumpang di bumi ini. 

kini, aku bukan lah seorang pelajar diploma kejuruteraan alam sekitar lagi. status pelajar telah bersilih ganti dengan status penganggur. mahu ke ijazah dan seterusnya. mungkin kewangan tidak mengizinkan aku berbuat demikian. pasrah... mencuba nasib dalam bermacam sektor. mungkin tiada rezeki lagi. berniaga kecil kecilan dahulu untuk menampung hidup ini. masa depan aku pun masih samar samar. banyak yang telah dirancang, banyak jugak rancangan tu tidak menjadi. 

okay. hai. 21 ini, aku sedang bahagia. cuma mengharapkan bahagia ini berlanjutan. aku punyai misi dan visi. aku nak kawin. theeeee. aku berangan. fynnjamal kata berangan itu percuma. well. memang berangan itu nikmat. sumpah aku tak tipu. aku berangan untuk menjadi seorang usahawa yang berjaya (okay aku tahu ayat itu klise). sumpah weyh berangan aku tu nak jadi macam Brahims Airline Catering. aku nak pasarkan produk makanan aku ke udara. udara mean here is kinda like Brahims Airline tu aaaaaa. lepas tu dah dapat untung aku nak beli tanah, nak beli bangunan, nak beli ladang, nak beli emas. lepas tu aku nak laburkan semua. lepas tu aku nak beli rumah yang ada swimming pool macam typical malay drama or typical malay novel tu. contohnya macam ni. dia cantik dia kaya dia ada syarikat sendiri dia ada semuanya. aaaa macam tu lah aku nak. masa tu aku dah tak berhutang dengan ptptn dan. lepas tu aku beli Volkswagen golf untuk pergi pasar. range rover untuk balik kampung. ducati untuk pergi office. see, aku punya car demand tak tinggi kan. takde aaa sampai nak lambo bagai. 

well hak korang untuk judge berangan aku ni. 
dan pagi ahad ni. aku sedang bahagiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

No comments: