02 December, 2012

emm emm, kita tak tahu lah nak letak tajuk apaa. kita gedik

hai. ucapan yang sangat klise. saya suka dekat redza minhat. saya suka sangat. emm emm. saya sangat gedik. hari ini saya dah berjaya menamatkan Mental. dan saya sangat Mental ketika baca. emm emm, da seminggu saya beli. saya sangat sibuk walaupun sekarang musim cuti sem. saya sibuk memasak, mengemas dan sebagainya. 

di sini saya nak cerita. dulu saya bukanlah seorang yang suka membaca. apatah lagi nak baca novel. nak baca novel yang masuk exam pun saya tak layan. SPM. dan, setelah saya memperoleh BB1M, saya mendapati adalah elok jika saya membeli sedikit novel untuk dibaca. kerana saya sangat bosan ketika menjalani latihan industri. 


pada waktu itu, saya di MPH. sya round round dalam MPH. dan, saya ternampak satu buku. saya beli buku tu kerana cover dia yang agak seksi. tajuk buku itu adalah Kougar. dan, apabila saya baca, saya rasa fantasi.  dan saya suka membaca novel keluaran Fixi. selepas itu, saya menjadi seorang penagih novel. ketika itu, saya sangat sukar untuk mencari novel yang bergenre kan sebegitu. lalu saya membli satu novel cintan cinton untuk mengisi masa bosan saya di office.


biasalah novel cintan cinton. expected story board, expected ending. the ending the couple should life happy ever after. typical malay situation. lalu saya mendapati, ia sangat bosan. lalu saya balut novel itu dengan kertas yang lebih extrem, untuk menampakkan jiwa saya ketika itu.


okay, biarkan dengan novel cintan cinton tu. selepas Kougar, saya membeli Isteri. itu pun kerana cover dia yang agak menarik. saya ada buat rebiuw pasal Isteri. Isteri pun sangat menarik dan misteri. pada saya misteri lah.  emm emmm emm..


saya kalau beli novel berdasarkan beberapa perkara yang perlu saya konsider, ia adalah;


  • cover novel tersebut
  • cerita tentang wanita yang bijak, cantik, licik dan konfiden
  • bahasa yang digunakan. 
  • unexpected ending
  • cerita tentang masa depan, fiksi, bunuh bunuh, rogol, kejam, nafsu dan agama.
okay, selepas itu. saya membeli pula Mental. Mental sangat menguji mental saya. dan ini novel kedua yang saya beli ditulis oleh jejaka anggun. banyak ayat dan penyataan yang saya suka dalam Mental. emm emmm, dan sekarang, kehadiran Rania dan Rashid sangat misteri. emm, entahlah. 

kenapa saya cerita macam ni malam ni? emmmm, saya bosan. semester break yang paling bosan. 


sebenarnya nak cerita. gua dah habiskan Mental. sekarang gua nak tunggu arsonist jalan labrooy dan kontrol histeria. 


No comments: