16 October, 2012

Sabak Bernam, Aku Okay III

prolog hariku dimulakan. aku okay hari ni. duarius okay. dalam keokian aku. tika menjawab ujian bab 4 dan 5 subjek Highway and Transportation in Environmental Engineering  tadi aku gubra. aku konfiden tapi jarangkali aku merasakan ada sesuatu. aku mengharapkan untuk 100% kerana aku berusaha dengan titip peluh yang asli.

dan malam ini, bumi Tanah Lesen dibasahi air langit. sejuk barangkali mendetikkan kembali saat itu.
bila malam hujan dingin begini. ingin sahaja aku pakukan saat itu. supaya ia lekat lekat dan lekat.

bila bahagia menguasai. aku menjadi seorang mellissa yang okay.
di bumi Johor Bharu dia, Tanah Lesen basah lembab. untuk saat ini. aku mahukan dia disisi bagai saat yang telah dipakukan olehku sebentar tadi.

gamelan jiwai pukulan serentak dush dush kepada hati kepunyaan si dara. sang pujangga sematkan dalam hati kau bahawa didalam alunan rentak asli hujan yang turun si dara terlalu rigid mahukan kehangatan itu. asmara damai mellso berbicara. desah malam cinta berima.

aku lalui malam indah dengan sharkfin parody oleh Maggi. itu sudah cukup manfaat bagiku bagi sisirkan kesangapan aku. terima kasih. hesh, melankolik itu haruslah ada. usah dusta kerana hatiku tak sanggup. namun beginilah epilog post hari malam dingin ini.

hey, aku bukan prolifik jauhsekali plagiat, ini aku punya karya. tapi aku tahu, post ini picisan.
sabak bernam, aku okay hari ini untuk partisi ketiga.

No comments: