29 October, 2012

perihal tragedi 281012

berlalu sudah cuti panjang. aku harus kembali pada habitat asal aku. sabak bernam.
apa- apa yang aku lakukan adalah bersama seorang sulaiman. hey bukan apa lah. payah sebenarnya nak harungi hidup seharian tanpa kesayangan itu.

niat sebenar hanya ingin berbakti kepada warga dalam rumah ini. tapi apa dah jadi?
apa boleh aku katakan adalah. syiling rumah ni tinggi rupanya. aku secara tak langsung telah menjadi seorang superwoman wannabe.

sakit, luka, hampir tak sedarkan diri. tapi aku masih dengar suara itu. suara menjerit kearah ku. sambil berlari mendapatkanku. bila tiba. dia mengoncangkan badan ini. sedar balik dari pengsan yang hampir tiba.
pandang atas. syiling dah berlubang.

walaupun dalam keadaan aku yang sakit. bebelan dan marahan tak henti. aku sakit masa tu. jelas kesayangan separuh mati kepada aku dari dia. mungkin salah aku kerana tidak menanyakan perihal syiling itu terlebih dahulu. salah aku juga karena pijak sesuka hati. hey salah aku lah. aku nak perhatikan dia dengan jarak dekat. ketika dia sedang panjat sana panjat sini. hati aku gelisah. tinggi. bahaya. at last. aku yang luka.
nampak tak kimia antara seorang mellissa dan seorang sulaiman. aku sedang gelisahkan dia. dia pon gelisahkan aku.

dalam mata aku yang hampir pejam. aku lihat wajahnya. yang terlalu gulana gundah. goncang badan aku. tak sedikit pun berhenti dari merawat aku. situasi di mana kecemasan berlaku. aku, nenek dan dia. tiba tiba ak rasa bagai dalam drama akasia. aku gelak tangis sakit. aku gelak perihal kebodohanku karena tidak terfiikir ia adalah benda lembut dan boleh memboloskan aku jika aku pijak.

tinggi yang hampir 9 kaki. aku lupa situasi itu. aku dibawa olehnya ke rumah jiran nenek. untuk 'memandikan' aku dengan bacaan bacaan tertentu dan aku pun tak pasti apa objektifya. aku hanya ikut kata nenek. disaat aku harus berkemban. mandi air telaga sejuk. aku menggigil. hey, sejuklah.

malam tiba. aku masih sakit dan luka. perjalanan untuk ke rumah urut sangat dekat bagiku karena aku masih lagi mahu dengar bebelan sayang itu. kata kata nenek padanya sungguh menusuk jiwa. barangkali air mata titis. tika itu, 'Yiruma, Kiss The Rain' berkumandang. tambahkan lagi keharuan aku. perjalanan harus diteruskan untuk ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. aku diberikan mc satu hari serta ubat ubatan lain. malam itu. mahu saja aku habiskannya dengan si cinta.

sudah dibilang. terindah sekejap hadir. pagi menjelma. dia harus baiki semua salahku terhadap syiling rumah. dan dia harus pulang ke Kota Lumpur untuk kembali tugas. tatkala hati ini pilu. kejadian itu masih terngiang ngiang dalam otak. aku degil, katanya. kalau tidak karena kedegilan itu. perkara sebegini tiada mungkin terjadi. mungkin itu takdir yang tertulis. aku harap tiada apa kesan negatif. aku berdoa supaya kesihatan aku positif. punggung, peha. kawasan perlu dijaga oleh kaum wanita, tapi itu lah sasaran utama aku ketika accident itu. aku harap aku punyai harapan untuk kandungkan zuriat bakal suamiku. Ya Allah. sesungguhnya ini cabaran dalam hidup aku. aku masih muda. aku kuat. kalau tidak, mana mungkin aku sudah jatuh lagi mahu gelak.

lihat. ini baru. It amazed me. terima kasih syg. 

situasi: lepas luka. kini peha lengan dan sebagainya menjadi biru. lebam dan birat. terima kasih. ini pengalaman baru. dan rindu tak hilang. aku benci situasi ini.

No comments: