14 October, 2012

perihal Isteri dari FIXI

exposisi: 

Alma Dolores yang seorang model dan memegang status dara nya telah menikahi dengan seorang usahawan maju salon yang tampan Yanis Sumbaga. perkhawinan mereka tidak hangat tetapi dingin sahaja. Yanis Sumbaga memegang watak sebagai lelaki playboy telah tertarik hati pada seorang bintang baru yang sedang meningkat popularity  nya.

Cici Tiara.  pengalamannya dengan Cici Tiara ini membangkitkan kembali kudratnya sebagai seorang lelaki. selama dua tahun bernikah dengan Alma Dolores dia hampir lupa bagaimana nikmatnya suatu hubungan seks yang wajar, sekarang setelah memorinya terkuak, dia tidak dapat kembali ke dunia frigid yang dikongsi bersama Alma Dolores.

agak lama mereka mengecapi kehangatan dalam hubungan intim. pada suatu malam, kedengaran 'anjing tak tahu malu. anjing tak tahu malu buat maksiat di rumah sendiri'. suara Alma Dolores tegas kepada satu pasangan yang sedang asyik dalam dunia mereka. Yanis Sumabaga dan Cici Tiara telah tertangkap basah oleh Alma Dolores.

dibeli di Kedai Buku 1 Malaysia. Pudu Sentral.
Alma Dolores ditemui mati di dalam biliknya sendiri dalam keadaan terbaring, tangannya tergantung dan berdarah. orang mengasum bahawa alma mati bunuh diri dengan memotong nadi pergelangan tangannya sendiri. ya mana mungkinlah Alma Dolores yang begitu bijak dan yakin orangnya mahu menamatkan riwayatnya dengan cara begitu sekali. sedangkan sewaktu dia menangkap basah suaminya dan perempuan murahan itu dia siap siap mengambil beberapa keping foto. dan Alma Dolores sendiri meminta banglo kepunyaan Yanis Sumbaga sebagai mas kawinnya.

hanya kerana beberapa keping foto yang cukup memalukan itu, dua misteri pembunuhan telah berlaku. pertama Alma Dolores dan korban kedua ibu nya sendiri Puan Rosalin. ibunya juga mati dalam keadaan tidak wajar dan mereka mengasum bahawa ibunya juga bunuh diri.

Debi Malonda dipergunakan oleh Yanis Sumbaga untuk berunding dengan Alma Dolores sebelum kematiannya pada masa yang sama Cici Tiara memasuki rumah agam itu untuk mencuri foto foto dan juga negatifnya. Debi Malonda sudah lama mencintai Yanis Sumbaga. akan tetapi bagai dia bertepuk sebelah tangan. Debi Malonda telah di syaki membunuh Alma Dolores kerana dia orang yang terakhir berjumpa dengan korban sebelum kematiannya.

akan tetapi, Debi Malonda ligat memikirkan bagaimana dia hendak keluar dari bayang bayang hitam ini. dia sudah tidak sanggup lagi ingin disyaki membunuh Alma Dolores. ditemani oleh temannya Pandu Lukas, dia berterus terang bahawa foto foto tersebut telah hilang sebelum polis tiba di rumah Alma Dolores. foto itu sendiri telah berada pada tangan Yanis Sumbaga dan telah dihapusnya. walhal pada hari kematian korban, Yanis Sumbaga terus berada di salonnya.

kematian misteri Puan Rosalin yang orang ramai mengasum bahawa korban mati gantung diri telah terjawab. ternyata Yanis Sumbaga sendiri telah membunuh ibu mertuanya itu kerana Puan Rosalin ada menyimpan beberapa dokumen yang diserahkan oleh Alma Dolores sebelum kematiannya. dalam dokumen itu terdapat salinan foto lucah Yanis Sumbaga dan Cici Tiara. tanpa memikirkan sedemikian, Puan Rosalin jurus ke rumah Yanis Sumbaga. tetapi riwayatnya tidak panjang. dia telah dibunuh oleh Yanis Sumbaga lalu dihantar pulang ke depan rumahnya dilakukan seolah olah Puan Rosalin membunuh diri.

epilog: 

Yanis Sumbaga seorang usahawan maju, kaya raya dan tampan musnah sekelip mata akibat kecurangan, kebodohan dan ketidaksabarannya sendiri. akhirnya dia ditangkap ketika hendak melarikan diri ke luar negeri. dia dipenjara selama 7 tahun.

Cici Tiara sorang bintang yang hendak naik namanya. mempunyai impian dan seorang ambitious juga musnah kariernya kerana didapati membunuh Alma Dolores dan juga mempunyai skandal seks dengan Yanis Sumbaga, segala harapan, cita cita dan impiannya hancur.

nota tapak kaki: Isteri  terbaik selepas Kougar. diterbitkan oleh Buku Fixi . 





No comments: