29 October, 2012

perihal tragedi 281012

berlalu sudah cuti panjang. aku harus kembali pada habitat asal aku. sabak bernam.
apa- apa yang aku lakukan adalah bersama seorang sulaiman. hey bukan apa lah. payah sebenarnya nak harungi hidup seharian tanpa kesayangan itu.

niat sebenar hanya ingin berbakti kepada warga dalam rumah ini. tapi apa dah jadi?
apa boleh aku katakan adalah. syiling rumah ni tinggi rupanya. aku secara tak langsung telah menjadi seorang superwoman wannabe.

sakit, luka, hampir tak sedarkan diri. tapi aku masih dengar suara itu. suara menjerit kearah ku. sambil berlari mendapatkanku. bila tiba. dia mengoncangkan badan ini. sedar balik dari pengsan yang hampir tiba.
pandang atas. syiling dah berlubang.

walaupun dalam keadaan aku yang sakit. bebelan dan marahan tak henti. aku sakit masa tu. jelas kesayangan separuh mati kepada aku dari dia. mungkin salah aku kerana tidak menanyakan perihal syiling itu terlebih dahulu. salah aku juga karena pijak sesuka hati. hey salah aku lah. aku nak perhatikan dia dengan jarak dekat. ketika dia sedang panjat sana panjat sini. hati aku gelisah. tinggi. bahaya. at last. aku yang luka.
nampak tak kimia antara seorang mellissa dan seorang sulaiman. aku sedang gelisahkan dia. dia pon gelisahkan aku.

dalam mata aku yang hampir pejam. aku lihat wajahnya. yang terlalu gulana gundah. goncang badan aku. tak sedikit pun berhenti dari merawat aku. situasi di mana kecemasan berlaku. aku, nenek dan dia. tiba tiba ak rasa bagai dalam drama akasia. aku gelak tangis sakit. aku gelak perihal kebodohanku karena tidak terfiikir ia adalah benda lembut dan boleh memboloskan aku jika aku pijak.

tinggi yang hampir 9 kaki. aku lupa situasi itu. aku dibawa olehnya ke rumah jiran nenek. untuk 'memandikan' aku dengan bacaan bacaan tertentu dan aku pun tak pasti apa objektifya. aku hanya ikut kata nenek. disaat aku harus berkemban. mandi air telaga sejuk. aku menggigil. hey, sejuklah.

malam tiba. aku masih sakit dan luka. perjalanan untuk ke rumah urut sangat dekat bagiku karena aku masih lagi mahu dengar bebelan sayang itu. kata kata nenek padanya sungguh menusuk jiwa. barangkali air mata titis. tika itu, 'Yiruma, Kiss The Rain' berkumandang. tambahkan lagi keharuan aku. perjalanan harus diteruskan untuk ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. aku diberikan mc satu hari serta ubat ubatan lain. malam itu. mahu saja aku habiskannya dengan si cinta.

sudah dibilang. terindah sekejap hadir. pagi menjelma. dia harus baiki semua salahku terhadap syiling rumah. dan dia harus pulang ke Kota Lumpur untuk kembali tugas. tatkala hati ini pilu. kejadian itu masih terngiang ngiang dalam otak. aku degil, katanya. kalau tidak karena kedegilan itu. perkara sebegini tiada mungkin terjadi. mungkin itu takdir yang tertulis. aku harap tiada apa kesan negatif. aku berdoa supaya kesihatan aku positif. punggung, peha. kawasan perlu dijaga oleh kaum wanita, tapi itu lah sasaran utama aku ketika accident itu. aku harap aku punyai harapan untuk kandungkan zuriat bakal suamiku. Ya Allah. sesungguhnya ini cabaran dalam hidup aku. aku masih muda. aku kuat. kalau tidak, mana mungkin aku sudah jatuh lagi mahu gelak.

lihat. ini baru. It amazed me. terima kasih syg. 

situasi: lepas luka. kini peha lengan dan sebagainya menjadi biru. lebam dan birat. terima kasih. ini pengalaman baru. dan rindu tak hilang. aku benci situasi ini.

16 October, 2012

Sabak Bernam, Aku Okay III

prolog hariku dimulakan. aku okay hari ni. duarius okay. dalam keokian aku. tika menjawab ujian bab 4 dan 5 subjek Highway and Transportation in Environmental Engineering  tadi aku gubra. aku konfiden tapi jarangkali aku merasakan ada sesuatu. aku mengharapkan untuk 100% kerana aku berusaha dengan titip peluh yang asli.

dan malam ini, bumi Tanah Lesen dibasahi air langit. sejuk barangkali mendetikkan kembali saat itu.
bila malam hujan dingin begini. ingin sahaja aku pakukan saat itu. supaya ia lekat lekat dan lekat.

bila bahagia menguasai. aku menjadi seorang mellissa yang okay.
di bumi Johor Bharu dia, Tanah Lesen basah lembab. untuk saat ini. aku mahukan dia disisi bagai saat yang telah dipakukan olehku sebentar tadi.

gamelan jiwai pukulan serentak dush dush kepada hati kepunyaan si dara. sang pujangga sematkan dalam hati kau bahawa didalam alunan rentak asli hujan yang turun si dara terlalu rigid mahukan kehangatan itu. asmara damai mellso berbicara. desah malam cinta berima.

aku lalui malam indah dengan sharkfin parody oleh Maggi. itu sudah cukup manfaat bagiku bagi sisirkan kesangapan aku. terima kasih. hesh, melankolik itu haruslah ada. usah dusta kerana hatiku tak sanggup. namun beginilah epilog post hari malam dingin ini.

hey, aku bukan prolifik jauhsekali plagiat, ini aku punya karya. tapi aku tahu, post ini picisan.
sabak bernam, aku okay hari ini untuk partisi ketiga.

15 October, 2012

Sabak Bernam, Aku Okay II

hey, kenapa stress sangat ni?
pagi pagi yang kalut. brooch hilang. semua dah tunggu. aku  tak siap siap.
muka berminyak, muka pedih.
stress tahu?
bagai waktu menjalani latihan industri dulu. asalkan isnin je berdarah. isnin je berdarah.
bagai wanita tolol pada hari isnin.

muka gatal. kenapa? muka berminyak? tudung tak teratur. tak pin?
jam pecah?
beli NIPS expired?
apakah ini yang dinamakan aku okay?
aku kontradiksi dengan tajuk itu barangkali.

takpa. aku masih mampu senyum,
makan banyak banyak. ini mampu buat aku senyum balik.
kentut kentut.
aku senyum. makan anak kucing cicah Vico?
aku gelak.
dan besok test Highway and Transportation in Environmental Engineering.
subject tajuk paling panjang untuk sem ni.
aku mahu belajar. selamat malam semua.
good luck untuk mellissa besok.


untuk hari ini. Sabak Bernam, Aku Okay II.


14 October, 2012

Sabak Bernam, Aku Okay.

hey, sabak bernam. aku okay lah.

kerana senyum, kembali prasangka buruk terhadap si buruk tu.
kerana senyum, timbul segala lubang di pipi (lesung pipit)
kerana senyum, aku rasa lebih cool.
kerana senyum, aku jatuh cinta.
kerana senyum, benci menjadi sayang.
kerana senyum, badan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
kerana senyum, aku menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerut.
kerana senyum, pahala aku tambah.
kerana senyum, aku telah bersedekah.
kerana senyum dan tawa, bahan kimia dalam badan aku aktif dan risiko sakit jantung aku kurang. 




senyum untuk maju sihat. 

hey sabak bernam. mellissa okay lah. :))
i still can smile ! 

nota tapak kaki size 10: tajuk tiada kena mengena dan macam biasa. 

perihal Isteri dari FIXI

exposisi: 

Alma Dolores yang seorang model dan memegang status dara nya telah menikahi dengan seorang usahawan maju salon yang tampan Yanis Sumbaga. perkhawinan mereka tidak hangat tetapi dingin sahaja. Yanis Sumbaga memegang watak sebagai lelaki playboy telah tertarik hati pada seorang bintang baru yang sedang meningkat popularity  nya.

Cici Tiara.  pengalamannya dengan Cici Tiara ini membangkitkan kembali kudratnya sebagai seorang lelaki. selama dua tahun bernikah dengan Alma Dolores dia hampir lupa bagaimana nikmatnya suatu hubungan seks yang wajar, sekarang setelah memorinya terkuak, dia tidak dapat kembali ke dunia frigid yang dikongsi bersama Alma Dolores.

agak lama mereka mengecapi kehangatan dalam hubungan intim. pada suatu malam, kedengaran 'anjing tak tahu malu. anjing tak tahu malu buat maksiat di rumah sendiri'. suara Alma Dolores tegas kepada satu pasangan yang sedang asyik dalam dunia mereka. Yanis Sumabaga dan Cici Tiara telah tertangkap basah oleh Alma Dolores.

dibeli di Kedai Buku 1 Malaysia. Pudu Sentral.
Alma Dolores ditemui mati di dalam biliknya sendiri dalam keadaan terbaring, tangannya tergantung dan berdarah. orang mengasum bahawa alma mati bunuh diri dengan memotong nadi pergelangan tangannya sendiri. ya mana mungkinlah Alma Dolores yang begitu bijak dan yakin orangnya mahu menamatkan riwayatnya dengan cara begitu sekali. sedangkan sewaktu dia menangkap basah suaminya dan perempuan murahan itu dia siap siap mengambil beberapa keping foto. dan Alma Dolores sendiri meminta banglo kepunyaan Yanis Sumbaga sebagai mas kawinnya.

hanya kerana beberapa keping foto yang cukup memalukan itu, dua misteri pembunuhan telah berlaku. pertama Alma Dolores dan korban kedua ibu nya sendiri Puan Rosalin. ibunya juga mati dalam keadaan tidak wajar dan mereka mengasum bahawa ibunya juga bunuh diri.

Debi Malonda dipergunakan oleh Yanis Sumbaga untuk berunding dengan Alma Dolores sebelum kematiannya pada masa yang sama Cici Tiara memasuki rumah agam itu untuk mencuri foto foto dan juga negatifnya. Debi Malonda sudah lama mencintai Yanis Sumbaga. akan tetapi bagai dia bertepuk sebelah tangan. Debi Malonda telah di syaki membunuh Alma Dolores kerana dia orang yang terakhir berjumpa dengan korban sebelum kematiannya.

akan tetapi, Debi Malonda ligat memikirkan bagaimana dia hendak keluar dari bayang bayang hitam ini. dia sudah tidak sanggup lagi ingin disyaki membunuh Alma Dolores. ditemani oleh temannya Pandu Lukas, dia berterus terang bahawa foto foto tersebut telah hilang sebelum polis tiba di rumah Alma Dolores. foto itu sendiri telah berada pada tangan Yanis Sumbaga dan telah dihapusnya. walhal pada hari kematian korban, Yanis Sumbaga terus berada di salonnya.

kematian misteri Puan Rosalin yang orang ramai mengasum bahawa korban mati gantung diri telah terjawab. ternyata Yanis Sumbaga sendiri telah membunuh ibu mertuanya itu kerana Puan Rosalin ada menyimpan beberapa dokumen yang diserahkan oleh Alma Dolores sebelum kematiannya. dalam dokumen itu terdapat salinan foto lucah Yanis Sumbaga dan Cici Tiara. tanpa memikirkan sedemikian, Puan Rosalin jurus ke rumah Yanis Sumbaga. tetapi riwayatnya tidak panjang. dia telah dibunuh oleh Yanis Sumbaga lalu dihantar pulang ke depan rumahnya dilakukan seolah olah Puan Rosalin membunuh diri.

epilog: 

Yanis Sumbaga seorang usahawan maju, kaya raya dan tampan musnah sekelip mata akibat kecurangan, kebodohan dan ketidaksabarannya sendiri. akhirnya dia ditangkap ketika hendak melarikan diri ke luar negeri. dia dipenjara selama 7 tahun.

Cici Tiara sorang bintang yang hendak naik namanya. mempunyai impian dan seorang ambitious juga musnah kariernya kerana didapati membunuh Alma Dolores dan juga mempunyai skandal seks dengan Yanis Sumbaga, segala harapan, cita cita dan impiannya hancur.

nota tapak kaki: Isteri  terbaik selepas Kougar. diterbitkan oleh Buku Fixi . 





09 October, 2012

cropped dear god.

some search never finding a way.
before long, they waste away.
I found you, something told me to stay.
I gave in, to selfish ways.

and how I miss someone to hold. when hope begins to fade.

08 October, 2012

because, I feel so ugly.

the sanity she (me) lost when,
: longing
: too love 
: lust 
: temporal. mundane
resignedly
: sloppy
: numb 
: when I'm too ugly.


peoples who choose me as a part of their life. actually they are miraculous peoples. because a Melissa is stupendous.
because, I wish I had someone who loved me.
Someone who wouldn´t care about the way I look.
Someone who´d love me no matter how ugly and stupid and strange I am.

some pretty people are really ugly
some ugly people are the most beautiful
everything is pretty
i love everything
i like nothing


note: why this entry in English? because of MUET just around the corner. 
mood: high anxiety 



02 October, 2012

hari ini.

I can't imagine. If it really happen. what's that? wallet hilang!
currently, saya berada di kafeteria pentadbiran.
what I'm doing here? 
saya sedang menjalankan ujian amali.
iaitu ujikaji terhadap pencemaran bunyi di sekitar kawasan ini.

pada hari ini, hari selasa.
meriah rasanya keadaan di sini.
kenapa ye?
sebab besok hari rabu.
ignore. deny. *bunyi cengekrik (krik krik)

jadi, dengan keadaan yang crowded disekitar kafeteria pentadbiran.
setelah enam kali ambil bacaan maksimum.
dan minimum 10minit berturut turut.
didapati bahawa keputusan *&^%$#@!()

aku duduk diatas meja.
sambil kakiku mengoyang goyangkan.
apa persepsi mereka terhadap aku pula?
bagai kerja aku senang sahaja.

tapi, aku tetap dengan diri seorang nor-mellissa.
nokia c3 pinkberry peneman sejati.
aku sediakan earphone. volume maksimum.
syok dalam dunia sendiri. dunia ini aku yang punya!

kepala ikut rentak music yang dimainkan.
sesekali tanpa sedar bibirku menuruti music yang melalui telinga aku lalu dihantar keotak.
bibir gerak, suara pula keluar.
ah!aku malu lah bongok!
mereka perasan.
suara aku sumbang ni hanya aku sendiri yang perasan ia sedap didengar.

okay, back to basic. 
what if wallet aku betul betul hilang.
as a avon dealer, wallet baru baru ni tak pernah lekang dari income money dari pelanggan.
naik turun bilik kuliah aras 4. aku tak jumpa.
fish!! (mencarut)
balik ke lab, naza mencari. baru jumpa.
air mata duka menjadi suka.
gembira lah (*&^%$. puih!



01 October, 2012

sorrylah bro, sis.

maaflah. penulisan aku buruk tak secantik penulisan kau.
aku beginner.
maafkan aku.
selamat malam.

rupa aku buruk tak sehebat rupa kau.
aku baru mula.
ampunkan aku.
selamat malam.

mohon jangan hina aku.
mohon jangan hina penulisan aku.
mohon jangan berbuat demikian.
selamat malam.

jangan pinggir aku.
aku cari ilmu.
aku cari inspirasi.
aku suka bermonolog dan berfantasi dalam alam seorang nor-mellissa.
selamat malam.

jangan hina aku.
aku tak keji.
aku tak haram.
aku manusia yang dilahirkan normal.
aku perempuan.
akulah 'wanita' itu.
selamat malam.

kalau kau nak jua.
aku tak halang.
aku dalam diri nor-mellissa.
kau dalam diri kau.
takpelah.
aku tak boleh halang kerjaya kau yang suka meghina orang.
selamat malam.