31 August, 2012

mohon. henti khayalkan akhlaken.

bagaimana nak hilangkan rasa ini? selalu aku bayangkan akhlaken masuk ke dalam rumah, tunduk bersopan sambil dirinya kacak dalam baju melayu leher cekak musang. memakai samping songket dan memakai songkok johor tinggi sambil berkrongkang . sambil tersipu menutup rasa segan untuk bertemu waliku dan terus memiliki diri ini untuk selamanya. menyatakan hasrat untuk menikahi ku. mengangkat sumpah bakti untuk menjagaku sehingga habis nyawaku.

bagaimana?
aku bukan terdesak sangat lah.
aku masih waras.

tapi kenapa ni?

dan aku rasa lagi perasaan ni.
aku mengenakan hijab berlabuci, rupa emas disebalik purdah. berseri seri rupaku. mengenakan sepasang sentuhan kurung yang sempurna. ukiran kemas di sebalik tubuhhku. duduk bersimpul pelamin yag telah dirapi indah dengan bunga bunga putih suci. tanpa sedikit cela mahupun. sambil ditemani puteri hatiku yang satu. menutup rupa maluku. merah merah blushing yang asli.

ahh! itu semua berkurun lagi.
aku dah buat silap.

lagi, pabila mentari terbenam. timbulnya bulan purnama yang indah. sejuk. dingin. romatika.
aku dan akhlaken.
bersyukur. lalu mata bertentangan, tangan bersentuhan. sentuhan indah yang halal belaka.
merasai kenikmatan yang tidak terhingga.
dibelit dengan pahala yang berganda.
hanya aku dan akhlaken.

sudahlah semua khayalan tu.
banyak lagi aku kena buat.
banyak yang perlu dicapai.
banyak yang perlu difikir.
rm500juta, roti canai, hand sanitizer by using Pogostemon cablin benth, highway, final exam. mummy, project, rumah sewa, bil air bil api bil minyak. kumpul minyak, engineering, sewage, wastewater, lab, heavy metal. and blah blah blah.
see? banyak kan?

k. henti khayal.



2 comments:

fifie said...

Berkhayal itu indah T____T

muhammad asyraf said...

wah..sedapnya ayat.. :)

datang follow sini erk.. :)

www.kisahsigemok.com