07 May, 2012

DIPSOMANIA.


Aku khuatir,
Aku gelisah,
Fiqirkan keadaan kau disana,
Fiqirkan diriku juga disini.

Serabut,
Bagai suara banjo rosak.
Bagai symptom dipsomania 
Burette lah!

Aku khuatir,
Aku gelisah,
Fiqirkan tugasan yang aku tiada dapat selesaikan lagi,
Fiqirkan perihal akademik aku.
Fiqirkan masa depan yang kabus, bagai jerebu tahap duarios

Aku masam,
Aku muram,
Fiqirkan semua masalah ini.
Fiqirkan untuk percepatkan detik bosis ini.

Aku masam,
Aku muram,
Fikirkan  semua ini, rupa  tegang bertukar sanga.
Personaliti kemas bertukar compang.

Mata bengkak,
Eyeliner bersepah,
Mascara comot.
Mata  mengeluarkan air yang syahdu

Ah, pada hari Isnin lagi aku merasa begini.
Sudah aku bilang.
Isninku kebanyakan berdarah.
Pada Isnin juga diri berubah menjadi wanita tolol
Tak tahu apa apa.

Sejuk…
Pejabat neraka ni sejuk.
Pedih,
Luka,
Tiada pengubatnya lagi.
Aku benci tunggu saat untuk hilangkan rindu.

Sabar menanti,
Bulan datang bintang pergi.
Selapas detik itu,
Barangkali diriku kembali normal.
Barangkali tidak atau sarkas.

Mohon klorok kan perasaan ini.
Ampunkan dosa lalu.
Agar hati balik kepada ketenangan.

Cinta Platonik,
Datang paut tangan ku,
Gengam erat, bawaku balik ke jalan tegak,
Izinkan aku, laksanakan watak yang kubawa di pentas duniawi ini dengan ketenangan….

p/s; mood aku mendung semendung bumi kota tinggi.