09 May, 2012

KENAPA MUKA SARAH?

hari ini pagi pagi dah maki penyelia dalam hati.
tiba tiba air mata jatuh lagi.
aku maki dia aku yang sedih.

lantaklah aku malas nak layan perasaan bodoh tu.
aku rasa laporan aku dah siap.
tapi tak tahu lah pada dia dah siap ke belum.

aku teruskan hidup aku kat office tu untuk sampai ke pukul 5pm.
aku godeh godeh local disk aku,
pergi folder mellso,
lepas tu pergi ke pic mellossa,
lepas tu pergi ke folder home sweet home,
lepas tu pergi ke folder andak kawin.


aku jumpa gambar sarah.
sarah tu anak buah aku yang jawa mix mamak.
aku suka struktur muka dia.
hidung mancung,
mata bulat,
bula mata lentik,
bibir nipis,
kulit hitam tak hitam mana.
rambut kerinting.

lalu aku penuhkan masa aku dengan edit muka dia pakai portrait proffesional,
yang free trial 10 days punya,
sebab tak mampu nak beli.


aku tak pandai pakai Photoshop.
aku rasa lepas aku edit muka dia nampak huduh sikit.
ampunkan ucu sarah.

aku ni bukan lah berat sebelah.
aku takut anak buah aku yang lain kecik hati,
kenapa muka sarah je yang aku edit lepastu aku papar dalam blog lagi.
hihi. [alasan; ucu jumpa muka sarah je yang macam portrait, muka korang takde. maaf ]


tak boleh save, kalau nak save dia cakap BUY.
so aku print screen.
aku crop aku edit.
kat photoscape je.

aku tak rasa gambar ini jadi semakin cantik.
tapi aku hargai sebab aku yang buat.
aku nampak muka klasik dia tu.

barangkali, aku edit terlalu over.
over back light.
em, lantak lah.

the point of this story actually,
aku nak cakap.
yang aku bosan.
so sarah adlani jadi mangsa aku.

p/s; aku tak cakap gambar ini buruk
(situasi macam ni 'ala, gegurl tahu gegurl tak comel.
{padahal dalam hati dah bajet gila yang dia tu comel habis}]
dan aku tak cakap gambar ini cantik
lagi sekali aku cakap. ini sekadar isi masa lapang aku di office.

-SEKIAN-

1 comment:

Shiema Sufian said...

Cantik dan sangat lawaaaa. BUatkanlah untuk Shiema satu :D