19 April, 2012

Kembali Kenang #1 SEKSIS

Aku tahu maksud seksi itu sendiri terlalu kompleks.
Seksi. Dari sudut pandangan aku yang bernama LISA.
Seksi pada bibir. *bibir aku rasa seksi bila pakai lipstick Maybelline water shine kaler pink* Cliché.
Seksi pada badan si pemilik. Bentuk tubuh. Saiz breast. 34b, 32c, 36d , 38e. dan seterusnya. Cliché jugak.
Seksi pada rupa. Wajah. Walaupun berhijab dan berpurdah. Dia tetap nampak seksi. Ia menarik.
Seksi pada ilmu. Auhh. Nampak seksi kerna ilmu theology yang dimiliki. Ilmu yang mendidik jiwa. Di kongsi bersama. Sungguh seksi.
Seksi pada pemikiran. Fikiran yang luar daripada kotak pemikiran. Seksi plus plus!
Iklan: Air seksi. Iaitu air mineral.

Okay. Teruskan..

Seksi pada iman. *Mesti aku kena gam lepas ni. Iman yang kukuh. Tahan. Setia pada yang Satu. Yakin percaya. Akan dibalas dengan ganjaran. Pasti.

Dan..
Akhirnya.
Aku kembali pada tajuk asal, seksi dari aku seorang perempuan kepada lelaki. Terletak pada cahaya keimanan diri. Lelaki itu nampak seksi ketika dia solat. Peliss, jangan salah faham. Nampak kepimpinan seorang lelaki jika dia menjadi imam pada solatku. Seksi, apabila dia mengaji. Suara alunan yang dikeluarkan dari tekaknya. Tajwidnya, iramanya. Ahh, sungguh merdu. Aku jatuh dengan godaan sebegitu. Aku nak kahwin dengan lelaki seksi macam tu.
Pokok pangkalnya. Seksi terlalu subjektif untuk dinilai.



p/s: tercetus apabila lalu ingat balik nampak perempuan seksi malam tadi.

       office. Khamis. 090212. 11.15am

4 comments:

Miss Hitam Tapi Manis said...

yup..btul tu..seksi trllu sujektif...lain org lain cara seksi nye...tp jgn seksi smpai menyeksakan...hihi..=)..

Misz Mieza said...

Setuju! Seksi tu tersangatlah subjektif. Tapi manusia je yang suka menyempitkan maksud seksi tu.. ^_^

Lisa Amstrong said...

@Miss Hitam Tapi Manis yap! setuju dengan awak sebab awak setuju.

Lisa Amstrong said...

@Misz Mieza manusia ni suka putar belit sikit. haha