17 April, 2012

Cerita Selasa. Dari Dihimpit Dibelit

hari selasa. lagi.. hari ni hari untuk aku bercerita. barangkali untuk aku lepaskan kesunyian ini..

manusia.
kita sudah tidak lama lagi di dunia ini. sentiasa beringat. dunia ini pinjaman Dia yang maha esa.
manusia.
jangan kau menjadi kuda-kuda. untuk ditunggani oleh makhluk lain.
manusia. 
mudah sekali kau terpedaya. hasutan. godaan. duniawi ini.
manusia.
sesungguhnya. kau makhluk yang paling bertuah di bumi ini. kerna kau dianugerahkan akal dan fikiran. 
manusia.
tamakkah engkau. semua kau nak bolot. tak cukup ke dengan keistimewaan yang telah dikurniakan untukmu.

pagi ni. aku terbaca artikel di myibrah.com
sayu..

tidakkah kau berasa bertuah sebagai rakyat di negara ini?
ya, mungkin segelintir manusia tidak puas dengan apa yang telah diberikan
manusia,
memang tidak dapat nak puaskan hati semua manusia.

ditambah lagi dengan aliran kemodenan teknologi semasa. 
peranan media dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kebenaran.

"Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Kalau terpelajar sila guna hak miranda. Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam. Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak fahammereka tidak ramas buku. mereka segan ilmu. mereka tidak fasih malah fasik guna kata. kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa. maafkan mereka. mereka tiada nilai. ibu bapa lalai dari kecil mereka di abai. tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti. kita kongsi warna tapi tidak warna hati."
--------------------------------------------------------------AKU MAAFKAN KAMU----------------------------------------------

-------------------------------------------------------------BATU BELAH BATU KONKRIT------------------------------ 
Seperti lalang-lalang

Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

apakah lagi yang kau mahukan?
tidak cukup dengan keamanan?
aku sedih.
negara tanah tumpahnya darahku.
makin lama, makin bercelaru.
isu sana. isu sini.
bagai tiada akhirnya.

4 comments:

AiSyA LiEzA said...

bersyukr lah dilahirkn di bumi yang aman.. :)) gunakn hak kita sebaiknya.. :D

Dak Fisha said...

amboi... lisa skang da pndai main kata-kata. HEHE

Lisa Amstrong said...

@AiSyA LiEzA betul tu! bersyukur lah yee

Lisa Amstrong said...

@Dak Fisha hehe sejak bosan kat office ni lah aku jadi macam ni