21 April, 2012

BAIT CINTA; Aku Buntu Tajuk Apa

pada malam yang hening.
akibat kerinduan yang melanda terlalu kuat.
akibat mata ku yang tiada boleh pejam.
aku menghubunginya.
dengan harapan aku boleh berbicara dengan dia.

permulaan yang meyeronokkan.
pertengahan yang agak meyudahkan.
pengakhiran yang agak menyedihkan.

aku terasa, kenapa dia melayan aku sebegitu.
panas baran. jauhi lelaki panas baran untuk kebahagiaan hidup.
aku pernah hujahkan pendapat itu.
aku yang terkena..

dengan kelantangan dia berbicara.
kemerduan ku bercerita,
membuatkan aku kecewa,
badan ku terasa menggigil
kenapa teruk sangat aku rasa ni?
dia yang bakal imam dalam solatku
dia yang bakal papa kepada zuriatku
dia yang bakal memiliki hatiku buat selamanya
dia yang bakal segalanya buatku
dan..
bagai aku telah jatuh dari gunung yang tinggi
badan ku terurai.
teruknya aku rasa.

kenapa macam ni lisa?
kenapa kau terlalu hanyut dalam cinta
aku terlalu teruja.
ia bagaikan cinta pertama ku
hingga hati ku terlalu mulus
mudah terguris.
dalam hati ku berkecamuk rasa tak menentu
selalu tak macam ni..

aku terasa kecewa sangat..
aku kembali kan bicara aku.
aku yang selalunya tidak pernah selembut itu berbicara.
aku pujuk..
aku tak pasti adakah kesalahan itu milik aku. atau pun dia sang kekasih

bantalku basah. titisan bening dingin di pipi
hatiku terguris.
hati ini sudah tidak sanggup untuk berbicara
ingin berteriak
senyum ku kembali pudar
aku kembali terdiam seribu bahasa.
suara yang ku rindu itu.
memecahkan kesunyian.
bicaralah sayang. aku rindu suara itu
walaupun hanya untuk menyakiti hati ni.
aku setuju

imaginasiku dibawa lari oleh kecewa yang mendalam
permainan  di minda,
buat aku bisu
dia bercerita
aku hanya berpuisi dalam hati

menghitung untuk hari ke setahunnya aku bersama
wajah polos dia
sentiasa dalam ingatan aku
tak lupa sedikit pun
air mata dibawa lari oleh waktu
waktu dibawa lari oleh kekecewaan

aku mengalah..
mata kembali pejam
roh berjalan kemana mahunya
itu lebih baik
walaupun sudah tamat bicaraku.
aku masih dalam bergelombang air mata..
fahamilah apa yang aku cuba sampai jikalah engkau sang kekasih yang membaca..