24 April, 2012

"SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84"


join segmen cikgu zamani ;p

Kembali Kenang#4; Untuk Abah


Cougar. 250CC.
Apakah CC itu stand for? 
Aku pun tak tahu.
Cougar. 
Menjadi inspirasi aku.
Abah. Yang sangat straight. 
Aku tak tahu.
Apakah Cougar yang aku maksudkan itu adakah impiannya.
Atau lebih. 
Abah memang macam tu.
Aku inginkan kesempatan. 
Melihat abah pacu. 
Emak bonceng. 
Perasaan teruja akan ku rasainya. 
Aku pasti. Yakin.
Masalah kini
Aku masih dikerusi hijau ini. 
Sebagai trainee. 
Kapan akan jadi realiti?
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

apa aku taip ni? parah parah. 

p/s: aku lapar, nak balik lunch. Tapi bila nak pukul 1pm? Aku menanti………………………………………
Office. Selasa. 12.11pm.

23 April, 2012

Kembali Kenang #3; Kemon Lah Beb..


2012. Bertalu soalan untukku. 
What you will be after graduate?
Hanya mampu. Tesenyum. Ketawa. Sedikit terkesima. 
Mungkin.
Chef. Pramugari. Writer. Designer. ARTis.
Mana jurutera alam sekitar? 
Mungkin aku tak dilahirkan untuk jadi itu. 
Then motif study course ni?
Sebab aku nak curahkan kasih sayang terhadap alam.
Bagaimana?
Aku pun tak pasti. *blur-blur.
Teruskan…. Bakat untuk jadi chef? 
Goreng sotong. Berminyak. Berair.
Hasilnya. Sakit kepala menimpa.  
Pramugari? Broken English. Tak cantik. Pipi tembam hidung semek.
ARTis? Tak pandai melukis. Tapi suka berangan.
Berimaginasi. Cukup ke?
Fashion designer?  Tak  pandai design. 
Cuma pandai cipta gaya yang segar. *yeke? 
Writer? Ayat berterabur. Tak menepati ayat Kamus Dewan. Maksud payah nak faham..

Iklan: dunia yang dasarnya bulat. Ianya kejam untuk diterokai. Malah terlalu kompleks untuk mengerti.

Teruskan.
2013. Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar. 
Bakal dimiliki.
Apa nak jadi?
Tetap dengan impian diatas tadi?
Berangan lah dengan impian karut tadi tu. 
Persoalan. 
What I wannabe? 
Tunggu..
Teruskan. 
Kemon lah beb. 
Dunia bakal berakhir. Beramal lebih baik. Ganjaran menanti di sana pasti.

sebenarnya aku ni dah salah amek kos ke?
erk? wakakakaka. just fun readers (-_-)
chill lah XD

21 April, 2012

BAIT CINTA; Aku Buntu Tajuk Apa

pada malam yang hening.
akibat kerinduan yang melanda terlalu kuat.
akibat mata ku yang tiada boleh pejam.
aku menghubunginya.
dengan harapan aku boleh berbicara dengan dia.

permulaan yang meyeronokkan.
pertengahan yang agak meyudahkan.
pengakhiran yang agak menyedihkan.

aku terasa, kenapa dia melayan aku sebegitu.
panas baran. jauhi lelaki panas baran untuk kebahagiaan hidup.
aku pernah hujahkan pendapat itu.
aku yang terkena..

dengan kelantangan dia berbicara.
kemerduan ku bercerita,
membuatkan aku kecewa,
badan ku terasa menggigil
kenapa teruk sangat aku rasa ni?
dia yang bakal imam dalam solatku
dia yang bakal papa kepada zuriatku
dia yang bakal memiliki hatiku buat selamanya
dia yang bakal segalanya buatku
dan..
bagai aku telah jatuh dari gunung yang tinggi
badan ku terurai.
teruknya aku rasa.

kenapa macam ni lisa?
kenapa kau terlalu hanyut dalam cinta
aku terlalu teruja.
ia bagaikan cinta pertama ku
hingga hati ku terlalu mulus
mudah terguris.
dalam hati ku berkecamuk rasa tak menentu
selalu tak macam ni..

aku terasa kecewa sangat..
aku kembali kan bicara aku.
aku yang selalunya tidak pernah selembut itu berbicara.
aku pujuk..
aku tak pasti adakah kesalahan itu milik aku. atau pun dia sang kekasih

bantalku basah. titisan bening dingin di pipi
hatiku terguris.
hati ini sudah tidak sanggup untuk berbicara
ingin berteriak
senyum ku kembali pudar
aku kembali terdiam seribu bahasa.
suara yang ku rindu itu.
memecahkan kesunyian.
bicaralah sayang. aku rindu suara itu
walaupun hanya untuk menyakiti hati ni.
aku setuju

imaginasiku dibawa lari oleh kecewa yang mendalam
permainan  di minda,
buat aku bisu
dia bercerita
aku hanya berpuisi dalam hati

menghitung untuk hari ke setahunnya aku bersama
wajah polos dia
sentiasa dalam ingatan aku
tak lupa sedikit pun
air mata dibawa lari oleh waktu
waktu dibawa lari oleh kekecewaan

aku mengalah..
mata kembali pejam
roh berjalan kemana mahunya
itu lebih baik
walaupun sudah tamat bicaraku.
aku masih dalam bergelombang air mata..
fahamilah apa yang aku cuba sampai jikalah engkau sang kekasih yang membaca..



20 April, 2012

Kembali Kenang#2; Wanita Gedik



Kenapa. Kenapa.Kenapa dan juga kenapa.
Kenapa pagi ini aku merungut?
Seminggu enam kali macam ini.
Masih lagi tak dapat terima realiti.
Kenapa hari ini aku merungut?
Mungkin kerna diri ini semakin melupakanMu.
Alpa untuk bersujud kepadaMu.
Angkuh. Sombong. Bongkak.
Semakin lama aku lupa diri.
Kerna. Tiada siapa memotivasi.
Aku ni gedik. Tak pandai berdikari.
Sekali lagi. Mudah lupa diri.
Bagaimana…………….
Ergh! Aku kusut.





dan, perjalanan hidup ku masih jauh. jika aku terus begini. kapankan ku merasa nikmat kabahagian yang dirahmatiNya.. 

p/s: Ilham: pagi tadi. Bangun tidur. Khamis,090212. 10.10am

19 April, 2012

Kembali Kenang #1 SEKSIS

Aku tahu maksud seksi itu sendiri terlalu kompleks.
Seksi. Dari sudut pandangan aku yang bernama LISA.
Seksi pada bibir. *bibir aku rasa seksi bila pakai lipstick Maybelline water shine kaler pink* Cliché.
Seksi pada badan si pemilik. Bentuk tubuh. Saiz breast. 34b, 32c, 36d , 38e. dan seterusnya. Cliché jugak.
Seksi pada rupa. Wajah. Walaupun berhijab dan berpurdah. Dia tetap nampak seksi. Ia menarik.
Seksi pada ilmu. Auhh. Nampak seksi kerna ilmu theology yang dimiliki. Ilmu yang mendidik jiwa. Di kongsi bersama. Sungguh seksi.
Seksi pada pemikiran. Fikiran yang luar daripada kotak pemikiran. Seksi plus plus!
Iklan: Air seksi. Iaitu air mineral.

Okay. Teruskan..

Seksi pada iman. *Mesti aku kena gam lepas ni. Iman yang kukuh. Tahan. Setia pada yang Satu. Yakin percaya. Akan dibalas dengan ganjaran. Pasti.

Dan..
Akhirnya.
Aku kembali pada tajuk asal, seksi dari aku seorang perempuan kepada lelaki. Terletak pada cahaya keimanan diri. Lelaki itu nampak seksi ketika dia solat. Peliss, jangan salah faham. Nampak kepimpinan seorang lelaki jika dia menjadi imam pada solatku. Seksi, apabila dia mengaji. Suara alunan yang dikeluarkan dari tekaknya. Tajwidnya, iramanya. Ahh, sungguh merdu. Aku jatuh dengan godaan sebegitu. Aku nak kahwin dengan lelaki seksi macam tu.
Pokok pangkalnya. Seksi terlalu subjektif untuk dinilai.



p/s: tercetus apabila lalu ingat balik nampak perempuan seksi malam tadi.

       office. Khamis. 090212. 11.15am

17 April, 2012

Cerita Selasa. Dari Dihimpit Dibelit

hari selasa. lagi.. hari ni hari untuk aku bercerita. barangkali untuk aku lepaskan kesunyian ini..

manusia.
kita sudah tidak lama lagi di dunia ini. sentiasa beringat. dunia ini pinjaman Dia yang maha esa.
manusia.
jangan kau menjadi kuda-kuda. untuk ditunggani oleh makhluk lain.
manusia. 
mudah sekali kau terpedaya. hasutan. godaan. duniawi ini.
manusia.
sesungguhnya. kau makhluk yang paling bertuah di bumi ini. kerna kau dianugerahkan akal dan fikiran. 
manusia.
tamakkah engkau. semua kau nak bolot. tak cukup ke dengan keistimewaan yang telah dikurniakan untukmu.

pagi ni. aku terbaca artikel di myibrah.com
sayu..

tidakkah kau berasa bertuah sebagai rakyat di negara ini?
ya, mungkin segelintir manusia tidak puas dengan apa yang telah diberikan
manusia,
memang tidak dapat nak puaskan hati semua manusia.

ditambah lagi dengan aliran kemodenan teknologi semasa. 
peranan media dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kebenaran.

"Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Kalau terpelajar sila guna hak miranda. Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam. Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak fahammereka tidak ramas buku. mereka segan ilmu. mereka tidak fasih malah fasik guna kata. kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa. maafkan mereka. mereka tiada nilai. ibu bapa lalai dari kecil mereka di abai. tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti. kita kongsi warna tapi tidak warna hati."
--------------------------------------------------------------AKU MAAFKAN KAMU----------------------------------------------

-------------------------------------------------------------BATU BELAH BATU KONKRIT------------------------------ 
Seperti lalang-lalang

Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

apakah lagi yang kau mahukan?
tidak cukup dengan keamanan?
aku sedih.
negara tanah tumpahnya darahku.
makin lama, makin bercelaru.
isu sana. isu sini.
bagai tiada akhirnya.

16 April, 2012

Puisi Isnin : Berdarahkah Isninku?

Isnin, hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah itu.
Isnin, hari malas untuk aku.
Isnin, hari biasa aku dirotan oleh guru disiplin kerna kehadiran ku.
Isnin, hari aku mengeluh.
Isnin, kenapa aku tak suka kau? atau kau yang tak suka aku?
Isnin, berikanlah aku senyuman indah Isnin ini..
Isnin, hanya laptop menjadi peneman aku. facebook jadi rakan.
Isnin, aku melihat. mahasiswa melatah.
Isnin, mengapakah semua ini? isu pendidikan percuma. adakah?
Isnin, terlibatkah aku sekali terjerumus isu politik bagai tiada penyelesaian ini?
Isnin, berikanlah hari baru buat mereka.


Isnin, biarkanlah kau menjadi hari-hari kematangan mereka.
Isnin, jadikan dirimu sebagai hari untuk manusia bersemangat.
Isnin, walaubagaimanapun. kau tetap akan hadir.
Isnin, aku tetap aku menghadapimu. melainkan jikalau aku telah pulang kepada Penciptaku.
Isnin, apakah aku sedang taip ini?
Isnin, jadikanlah dirimu hari paling berharga bagiku.
Isnin, sebenarnya aku tertekan. tekanan yang tinggi, hingga tiada dapatku tafsirkan psi ini.
Isnin, setiap kali hadirnya dirimu. mengapakah aku jadi begini?
Isninku sayang. aku tetap akan terus mencuba menyanyangimu..
Kenapa? kenapa tajuk aku bergitu lari. berdarah bagai...
kah kah kah. gelak Isnin XD

15 April, 2012

SEGMEN:BLOGWALKING & SAYA NAK MASUK BLOGLIST PROMOSI BLOG'


JOIN SEGMEN! 

Aku Nak Pergi New York

BEN ASHAARI TANYA 5 BLOG BEST PILIHAN SAYA

 Assalamualaikum. salam Ahad




5 blog yang penjadi pilihan saya ; yang penting blog mereka yang menjadi pilihan saya tu blog yang tak berlagu. mudah baca :))




sebab tu blog kawan baik saya, saya suka baca blog dia.


saya suka ambil tahu pasal Yuna. so saya selalu buka blog dia. kemas dan rasmi


suka style Maria Elena. blog dia tak berserabut. dan mudah nak baca

Its about fashion! Sandra Azwan.

dan blog Zahiril Adzim. baca blog dia macam rasa baca buku. 

That's All! 

14 April, 2012

Lisa Buat Segmen Blog List

Assalamualaikum! Salam Sabtu

sedang buat report akhir latihan industri pon masih boleh terfikir lagi nak buat segmen. segmen yang mudah sahaja. 


  • buat entry "Lisa Buat Segmen Blog List"
  • copy header Lisa tu. tepek kat dalam entry anda

  • hantar kan entry di komen sini.
  • follow blog LISA. Yang dah follow blog Lisa je, Lisa letak blog awak kat bloglist. 
  • jangan lupa jemput kengkawan lain untuk join
  • tarikh tutup belum pasti lagi.
simple kan? apa tunggu lagi. kemon! jom join!


P/S : KALAU NAK EXCHANGE BLOG LIST PON BOLEH JUGAK (*.*)

HARAP MAKLUM: 

SEGMEN TELAH TAMAT 



RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com


Hadiah Utama: 1 orang x RM50.00 tunai
Hadiah Kedua: 2 orang x RM30.00 tunai
Hadiah Ketiga: 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang 

HANYA TERBUKA KEPADA BLOGGER YANG BERWARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA

FOR MORE DETAILS:-------> LIDA RAHIM 

12 April, 2012

Lisa Meet Crocodile



LISA MEET CROCODILE?
IS THAT SERIOUS? 
assalamualaikum! semalam hari rabu. 11 April 2012.
iaitu cuti umum. so destinasi yang dituju bermula dengan Kota Johor Lama. sebelum kelahiran yang baru mesti ada yang lama kan. so I visit museum johor lama. macam rombongan sekolah pon ada jugak, by the way. seronok jugak jalan-jalan pergi ke tempat bersejarah. banyak yang dipelajari. sedikit sebanyak aku tahu lah jugak sejarah Johor. so now I can be proud to be Johorean. 
So aku nak share sikit gambar-gambar yang mungkin telah dirakamkan oleh aku ataupun afikah... 



selepas meneliti sejarah di muzium kota johor lama atau lebih dikenali debagai Johor Kampung. berkunjung ke detinasi seterusnya.


Di dalam muzium tak boleh tangkap gambar. so sedikit sebanyak aku cuma tangkap dari luar sahaja. boleh lah kan dari takde, ingat senang ke nak jalan-jalan pergi muzium ni. last aku pergi muzium pon waktu sekolah rendah tu pon pergi rombongan. aku pergi muzium negara. hehe


fipper membuatku menjadi seorang yang simple but nice :)


 Taman Buaya.
Taman Buaya? sungguh menakjubkan. beribu riban buaya ada. buaya darat pon ada.
pakcik jaga buaya cakap: PE BARANG  AMEK GAMBAR ORANG KAWEN, CE TRY AMEK GAMBAR BUAYA MASA TENGAH MARAH. HAHA

destinasi seterusnya, ke Teluk Sengat. disini lah segala gambar aku telah dirakamkan oleh photographer yang tidak berupah. muntahlah tengok gambar aku banyak-banyak. muahaha 





korang ce teka beg apakah yang aku pegang itu. 


so, that's all! meet Johore! Lot Of Love <3

09 April, 2012

Kedgeree




what? apakah itu kedgeree? kedgeree adalah sejenis makanan nasi campur ikan ataupun telur. 
tapi, apakah kena mengena kedgeree dengan gambar-gambar ini?
ekceli, aku suka KEDGEREE sebab aku rasa ayat tu macam kreatif. by the way, aku memang suka makan macak kedgeree pon. hee :)












kedgeree. 
muka aku sentiasa berubah-rubah. aku rindukan lelaki yang di dalam gambar di atas ini..
rindu teramat...

Segmen Tambah Followers




image url: http://i1235.photobucket.com/albums/ff431/lieslisif/tambah.gif


Assalamualaikum! Hahah macam nak tergelak guling-guling dekat jalan raya pon ada jugak bila aku bercadang nak buat segmen ni. Pestime kot. Harap ada sambutan lah ye. Segmen yang mudah je. Tak perlu susah payah macam nak jawab SPM. Muaahahaha *tak lawak pong. Jomlah meramaikan majlis. Hihi jomlah join. Jomm lahhh. Jom lahhh, penat buat banner ni tau. Walaupon buruk. *lagipun cik Lisa dah buang disable right click tau sempena nak buat segmen ni.


Beberapa Syarat Mudah Nak Join Segmen Ini://

  1. Buat entry bertajuk "Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa"
  2. Lepas tu letak banner ni. *huh, pestime buat banner, penat ni. muahahaha
  3. Lepas tu sudilah follow blog Lisa jugak ye.  Follow Sini :) Tak paksa pon LIKE kelab kipas Lisa. haha
  4. Awak - awak yang join sini, confirm Lisa follow blog awak. Like kelab kipas awak. Like post entry awak. Dan Lisa tekan DONATE untuk awak sekali. *kalau ada donate lah :)
  5. Tak wajib tag kawan. Kalau nak tag jugak pon apa salahnya. Pastikan mereka tahu.
  6. Expired date: 18 Mei 2012 (sempena Lisa tamat praktikal) hahahaha
  7. Hebahkan ini kepada rakan blogger yang lain. Lagi ramai lagi meriah. Wahh!
  8. Dah siap? Sila ping entry tersebut di komen ini. 
  9. Lepas tu tepuk tangan! yay!

Nota kaki kipas dari  Lisa:

Ini platform saya mengenali kawan-kawan di alam maya. Begitu juga dengan anda yang menyertai! Sorry kalau banyak sangat HAHAHAH, sebab Cik Lisa memang periang dan suka gelak orangnya. Ampunss-ampunss.. 

Peserta pertama dan terpantas akan dapat RM1 dari cik Lisa (dihantar melalui share top-up: Celcom sahaja) *cehh, punyalah exited sampai nak bagi RM1 lagi. Muahaha!

Doodle Ke Dodol?

Assalamualaikum!

baik hati betul si kawan aku Dak Fisha atau nama sebenarnya Nur Farisha Adura. siapa tak kenal dia, blogger popular kot. member class aku tu. ni blog dia: Coretan Dak Fisha. dia bagi aku dodol atau nama sebenarnya doodle. hehe, rajin betol lah. nak tengok?

Tengs untuk doodle yang comel ni



Aku ni bukan lah reti sangat nak lukis doodle ni. setakat pakai paint je tahu la. haha. yang ni doodle aku dapat dari Myra Azraff pulak. ini blog dia : Myra Azraff



comel kan! haha



dan yang terakhir aku dapat doodle dari blog The Lisa. hahaha, iaitu dari aku sendiri. korang nak tengok doodle yang aku buat pulak tak? hehehehe.


comel tak! doodle yang aku buat pakai paint je! hahahah

hoh, comel ke doodle yang dari blog The Lisa tu?.. {*-*}. cekomen sikit..

08 April, 2012

Yuyu Zulaikha Nak Cerita

Assalamualaikum! Salam Ahad :)

dah lama aku terfikir sebenarnya. macam mana lah seorang blogger tu boleh jadi blogger yang terkenal, berjaya, kaya dan sebagainya. tapi baru semalam tergerak hati nak wall post kat facebook kat seorang blogger muslimah yang comel ni.



Yuyu Zulaikha, si kupu-kupu kecik ni. siapa yang tak kenal kan. gambar ni pon ambil dari belog comel beliau.

sebab dia je yang paling rajin balas komen peminat. aku saje je tanya. tak sangka dia balas pulak. muahahha, terharu lah jugak. bukan senang orang popular ni nak balas komen peminat dia kann...



hehe, sempat lagi aku print screen. dan sekarang tak sabar nak tunggu entry dari beliau!


07 April, 2012

Exchange Blog List Jom!



Assalamualaikum! entry yang simple sahaja. ce nak tanya siapa nak tukar blog list dengan blog lisa yang tak femes ni. selain itu dapatlah kita eratkan tali silaturahim sesama blogger kan. hahahha. sesiapa yang nak sila komen. hehe :)



Ber Bokeh Menggunakan Cahaya Welding

Assalamualaikum! Mungkin nampak poyo je pada tajuk kan? Sebenarnya aku bukanlah seorang budak remaja yang batak untuk jadi photographer. Tapi aku cuma seorang remaja yang kebosanan semasa menjalani seisi latihan industri. Nasib baik lah aku ada sebijik kamera yang boleh menjadi teman kesuyian ini.




dan aku seorang pengguna kamera je. sekali lagi. aku tak pernah bercita-cita nak jadi photographer.
sebab aku rasa gambar ni semua level budak kecik je.




dan gambar ini hanya hasil dari kebosanan aku sewaktu latihan industri. latihan industri sangat membosankan tahu tak!




That's All. Sila komen untuk membaiki diri ini :)

06 April, 2012

Dapat Duit Daripada Blog Anda!


Affiliate Program ”Get Money from your Website”

Assalamualaikum! Berdasarkan tajuk diatas. Nama pon blogger kan. So memang lah ternyata blogger tu suka berblogging. haha. Apa nta aku cakap ni. Tapi kalau korang nak harapkan churp-churp, says, nuffnung dan sebagainya. Lambatkan nak dapat hasilnya? Kelmarin aku baru join benda ni. Hari ni dah dapat 5dollar. Tunggu 200 dollar baru boleh cash out. Benda ni berfungsi contohnya macam ni. Mereka bagi kita kerja. Kita kena selesaikan. And then dapatlah duit tu masuk account. Korang tak perlu bayar sesen pon. Korang berminat?

Kelebihan:
  • Tak perlu jadi typist. Just copy paste apa yang mereka suruh buat.
  • Blog korang akan dapat traffic international punya.
  • Pendapatan yang lumayan.
  • Tak perlu bayar untuk daftar. 

So apa tunggu lagi? Aku ni join lah cepat! Tekan sini je wang tunai kalau malas nak pergi homepage. 

Get cash from your website. Sign up as affiliate.