31 March, 2012

Layak Ke Jadi Jurutera Alam Sekitar?


Bangun pagi,masuk bilik air, mandi. Solat subuh. 8am-5pm. Isnin ke Sabtu.  Aku tetap setia disini…. Setiap hari penuh penyiksaan jiwa untuk aku tika disini. Aku tak tahu la apa masalah aku. .



Posisi aku sebagai pelatih, apalah sangat. Kalau nak dibandingkan mereka yang berpangkat tinggi seperi jurutera, jurukimia, jurusains, jurugambar,jurumekap,jurujuru,(mengarut dah ni ).. dan aku hanyalah budak yang baru nak meneliti sains tulen setelah puas aku bersains sukan waktu spm suatu ketika dahulu. Kejuruteraan alam sekitar bukan lah satu subject yang mudah..


transformers Daniel sebagai teman.. 


Sudahla, sesal dahulu pendapatan. Sesal sekarang aku hanya tinggal beberapa minggu lagi kat sini. Taulah aku ni budak perempuan yang macam comel tapi blur. Aku inginkan ilmu itu, aku perlukan bimbingan mereka yang berada di syarikat ini. Aku inginkan.. tapi mengapakah semua ini.




 Mereka sombong. Memandangku dengan sebelah mata dan “berlapiskan lagi kaca mata gelap tanpa kuasa”.. Nak ilmu?ha carilah sendiri. aku lakukan semua itu sendirian… ok fine!

dan, wedges. Carlo Rino, susunan bata. dan juga larutan flocculant? 


 adakah aku layak ? apakah kaitan seni dengan kimia?