08 March, 2012

Entry Sempena Hari Wanita


Assalamualaikum, selamat hari wanita. Yay! Sempena hari wanita ni, aku ada buat satu entry special untuk wanita semua. Ia berkisahkan tuala wanita.
Tuala wanita? Dulu-dulu mase belum matang lagi, seriously.. memang aku tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan tualal wanita. Aku sangkakan ia hanyalah sehelai tuala yang special untuk wanita. Ala, macam tuala mandi tu. Tapi bila dah matang ni, bila da ‘balik sekolah’ ni, baru lah aku faham apa yang dimaksudkan dengan ayat itu.


Setiap bulan ada hari yang paling istimewa untuk kaum wanita, hari yang special dimana kaum wanita akan diberi cuti selama seminggu. Waktu nak tunggu hari ‘bulan jatuh ke riba’ tu, macam-macam mood yang kaun wanita akan rasa.

Happy, gila-gila, sedih, lepastu gelak sorang-sorang. Lepastu tiba-tiba nak nangis. Macam tu lah yang aku rasa. Hihi. Hanya boyfriend sejati je yang mampu layan kerenah aku waktu nak tiba hari hari ‘bulan jatuh ke riba tu’.

So, setelah beberapa tahun aku mengalaminya, aku dah try berbagai jenis tuala wanita. Biasanya kalau tuala wanita tu tak ok. Wanita tu akan mengalami kebocoran. *ups, aku takkan lupakan saat itu. okay, teruskan.. macam-macam jenis kan, over night la, ada wing la, takde wing la. Hem, adalah kot lagi. Aku pon tak buat research lagi pasal tuala wanita ni.



Sekarang ni, aku nak share kat korang. Aku bukan dibayar untuk support produk ni. tapi bila aku puas hati, aku sendiri akan automatic share kebaikkannya. Begitu jugak dengan korang kan?

Yuna- commercial break Libresse. 

Tuala wanita ni, aku tertarik untuk mencubanya sebab aku suka dutanya. Yuna. Hehe, so aku try la. Aku try pon sebab minat kat Yuna. Aku beli satu pack, yang warna hijau. Slim dan ada wing. Satu bag tu ada 8 pack. Hihi. Aku try pakai.



Wow! Sungguh hebatlah serapan yang bertindak. Serapan yang sungguh kemas! Cantik. Dan tentu sekali tak bocor. Aku rasa serapan tu cantik sangat sampai aku nak tangkap gambar (mungkin agak menjijikan bagi korang). Hehe, tapi aku tak buat pon. Saje je cakap sebab terlalu teruja.




Lepas cuba satu, aku cuba lagi untuk bulan seterusnya. Yiha! Setiap kalu period, aku tak perlu risau lagi. Dengan adanya Librrese! Membuat aku berasa yakin sentiasa.


peneman ketika period!



Kepada korang yang dah selesa dengan tuala wanita yang korang guna sekarang ni. tak perlu lah tukar. Hihi. Aku cuma nak cerita tentang kepuasan hati aku je.


p/s : *tapi, kena jaga-jaga jugak dengan punggung korang ketika period ni. mana tau tiba tiba ada kebocoran berlaku. Hihi, I felt it before. Upss.

Disini, aku nak mengucapkan kepada wanita seluruh dunia “Selamat Menyambut Hari Untuk Anda!” kepada blogger blogger wanita. Kepada mak aku, kakak aku. Wanita seluruh keluarga aku dan yang paling penting. Untuk aku sendiri! SELAMAT HARI WANITA LISA.. *aku dah menjadi seorang wanita sekarang. Hihi!

 Muka seronok sempena bebas bocor. hihi

*korang baca ke tengok gambar ni? tak kisahlah mana mana pon. haha

4 comments:

cik abbit said...

Hye selamat hari wanitA =)

Sharina Abdullah said...

selamat hari wanita lisa :)

! The Lisa ! said...

@cik abbit selamat hari wanita jugak :)

! The Lisa ! said...

@Sharina Abdullah selamat hari wanita jugak cik Sharina :)