31 March, 2012

SEGMEN : BLOGLIST April - Mei by Sharfynarz


Lepas aku buat segmen. Aku join segmen lagi. join tekan sini.

Layak Ke Jadi Jurutera Alam Sekitar?


Bangun pagi,masuk bilik air, mandi. Solat subuh. 8am-5pm. Isnin ke Sabtu.  Aku tetap setia disini…. Setiap hari penuh penyiksaan jiwa untuk aku tika disini. Aku tak tahu la apa masalah aku. .



Posisi aku sebagai pelatih, apalah sangat. Kalau nak dibandingkan mereka yang berpangkat tinggi seperi jurutera, jurukimia, jurusains, jurugambar,jurumekap,jurujuru,(mengarut dah ni ).. dan aku hanyalah budak yang baru nak meneliti sains tulen setelah puas aku bersains sukan waktu spm suatu ketika dahulu. Kejuruteraan alam sekitar bukan lah satu subject yang mudah..


transformers Daniel sebagai teman.. 


Sudahla, sesal dahulu pendapatan. Sesal sekarang aku hanya tinggal beberapa minggu lagi kat sini. Taulah aku ni budak perempuan yang macam comel tapi blur. Aku inginkan ilmu itu, aku perlukan bimbingan mereka yang berada di syarikat ini. Aku inginkan.. tapi mengapakah semua ini.




 Mereka sombong. Memandangku dengan sebelah mata dan “berlapiskan lagi kaca mata gelap tanpa kuasa”.. Nak ilmu?ha carilah sendiri. aku lakukan semua itu sendirian… ok fine!

dan, wedges. Carlo Rino, susunan bata. dan juga larutan flocculant? 


 adakah aku layak ? apakah kaitan seni dengan kimia? 



30 March, 2012

Timbang Blog Anda

kadang kadang kalau nak blogwalking. buka blog sana. bukak blog sini. terasa esaited nak tahu apa yang tertulis kat dalam blog tu. tapi kalau dah lembbt dan berat sangat. sempat lagi aku pergi cuci pinggan dulu kat dapur sementara nak tunggu blog tu habis loading. cehh punyalah esaited kan, nak tengok blog korang semua. sanggup tunggu. kadang-kadang juga pada blogger yang tidak mempunyai perasaan sabar, ditutup terus blog tu. malas nak tunggu kan? hihi. so korang jomlah cek tahap kelajuan dan keringanan blog korang tu. 

hehe. nampaknya blog aku tak berat! jom cek tahap keberatan blog korang. tekan sini


29 March, 2012

SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER



Saya perlu jawab beberapa soalan. Hihi

  • Nama penuh saya ialah Melyssa Juyaini (nama original hanya bakal suami je tau. muahaha)
  • Nama panggilan saya ialah Mell, Lisa dan Lis.  
  • Sejak bila berblogging? Form 5, Tahun 2009. Tapi tak femes-femes lagi sampai sekarang. muahahah
  • Url blog saya ? http://lisathemell.blogspot.com (actually dah 18 kali tukar URL blog, haha)

okayy, Salam Perkenalan Maya! 

28 March, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER




  1. Jawab soalan ringkas ini .. 
    • Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

      jawapan: eh hi. sedap tak makanan kat sini?  *_*

Wordless Wednesday #2



assalamualaikum. 


annoying face for Wednesday.
yellow shirt, pink cardigan, blue tudung. pink lipstick. old green shoes. blue socks. 

that's all. 
tenkiu. (taken by: nokia c3 pinkberry je) 




20 March, 2012

bahagia setakat ini


kasut ini. kotor. aku bukan pengotor. tapi aku cuma sukakan kasut yang tidak bersih. aku bukan pengotor. 

ahh, aku tak putus asa. ingin sahaja terus berkarya. walaupun hasilnya hapak. pedulikan kata mereka. yang penting aku senang berada dalam khayalan . apungan dan terus membuat aku segar. walaupun mereka tidak menggelarkan ini sebagai KARYA. aku peduli apa. aku hanya menaip ikut rentak hati. kemana hati pergi. ke situ aku ikut. aku terus berjuang. menjadi SUPERWOMEN dalam diri sendiri. walaupun tak berbakti kepada dunia. aku hanya dalam diri aku ini. aku bahagia..





pesanan ringkas daripadanya. membuat apa senyum. walaupun ayat yang hanya pendek. dan mungkin tiada makna. tapi.. aku bahagia.. 

ia tiada kena mengena dengan tajuk aku. lari jauh sangat, penat aku nak kejar. tercungap-cungap. ahh. nak air!! 


ini tiada kena mengena dengan hidup aku sekarang. lama lagi aku akan dapat benda ni. lama lagi.. untuk beberapa bulan lamanya lagi. mungkin aku nakkan yang lebih besar.. 



dan.. inilah yang aku hadap. sepanjang masih aku berada di atas kerusi hijau. aku hadap ini. dan.. lama-lama bosan, macam nak baling satu persatu. tapi, aku harus fikirkan untuk jangka masa panjang. ia boleh menjadi mainan minda aku, untuk mengantikan "gundam" itu. aku menyusunnya. ikut sesuka hati.. tiada siapa menghalang..

dan mungkin.. susunan kata-kata ku bersepah. ibarat sampah ditiup angin. pedulilahh. yang pasti aku terus tersenyum ketika menaip ini.

"SELAMAT MALAM"


Wang Tunai RM5000 untuk Blogger



Assalamualaikum. promote.. wow! Rm5000 kot.. siapa taknak kan. hahah. kalau korang nak? join cepat! terhad kepada 100 blogger terawal! kalau nak join TEKAN SINI

ia TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER.
INGAT. TEKAN SINI yee..  hihi.




18 March, 2012

Bila Ben Ashaari tanya aku




Sila jawab dengan ringkas .. 


“ Apakah perkara yang paling membosankan anda bila dengar ESOK SEKOLAH ? Mengapa ? “ 

jawapan:

bosan. sebab nak dengar kakak aku membebel kat anak-anak dia pasal kerja sekolah. kena iron baju dan sebagainya. 

That's all. Assalamualaikum..



14 March, 2012

Wordless Wednesday #1


Lihat. Perhati. Ambil Pengajaran. Dan jangan jadi macam sayaSAFETY FIRST.   




sekian.


11 March, 2012

Majlis Penganugerahan Golden Circle & Sales Leader Avon

wow! Assalamualaikum.. hehe, tengok tajuk je. gempak siot. aku pergi event tu. sorang sorang lagi. hihi. yang sebenar benarnyaa.. aku hanyalah wakil kepada kakak kakak  aku, sebab dia tak dapat datang awal. so aku tolong amek kan anugerah-anugerah yang dia terima. ala, apa salahnya aku posing sikit untuk kakak aku. ianya bertempat di Grand Paragon Hotel, Johor Bharu.






Nilah orang yang sepatutnya dapat. Tapi, dia wakilkan aku je. dia datang cuma amek aku dan hantar aku balik. yuhu






actually, dah banyak kali aku naik pentas. sebab aku kena amek semua yang ada nama Juyaini kat belakang. haha. tapi cuma ni je baru dapat amek gambar, ni pon terpaksa lah aku pas camera aku kat orang lain.

see! atleast aku dapat jugak tau. Saler leader lagi. haha. well, nama aku ada DASH! 


just simple, kabaya, skinny jeans dan satin shawl. plague yang aku pegang semua tu adalah milik anak anak Juyaini. dan hanya aku sorang je wakilnya. 



ni, kakak aku punya. dia dapat best award. penjualan tertinggi untuk tahun 2011. aku cume enter prem je. haha

Okay! sekarang aku ada cita-cita baru iaitu nak jadi seorang usahawan muda! yay! eh eh, nak tahu tak, lepas aku naik pentas banyak kali tu, ada sorang makcik ni interview aku. dia tanya macam mana aku boleh buat jualan yang tinggi sampai dapat title lagi, padahal aku ni muda remaja lagi. emm, so.. aku pon terus terang je. cakap kat dia. aku ni hanya wakil kepada kakak aku, huhu. and then aku cakap la yang aku ni cuma jual kecil kecilan kat asrama je. hihi. tu je! tu je lah yang aku jawab. takkan aku nak poyo makcik tu pulak! hihi. okaylah. That's all . semoga cita-cita aku tercapai! amin..




10 March, 2012

Ben Ashaari dan header blog saya


Cerita tentang header Blog saya. 

 "Blog Turquoise". Ianya simple. Dan saya berpuas hati dengan header ini.

that's all. okay! submit. hahah



09 March, 2012

BEN ASHAARI dan RAKAN BLOGGER


hihi. yay! assalamualaikum. actually, this is first time aku join Ben Ashaari punya segmen. haahaha.
dia kata tulis apa apa je. bermula pukul 9malam, tamat pukul 10malam. promosi sampai 12 malam. haha, malam malam dan malam! tuliskan apa yang menarik berlaku pada diri anda hari ini;


hari ini kena pergi ke biogas plant, and then ambil sample air busuk yang berhampiran dengan bio-gas plant tu, lepastu kena buat oil losses test. dan tidak ketinggalan. kena buat volatile fatty acid &alkalinity test jugak.


that's all for tonight! assalamualaikum!


08 March, 2012

Entry Sempena Hari Wanita


Assalamualaikum, selamat hari wanita. Yay! Sempena hari wanita ni, aku ada buat satu entry special untuk wanita semua. Ia berkisahkan tuala wanita.
Tuala wanita? Dulu-dulu mase belum matang lagi, seriously.. memang aku tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan tualal wanita. Aku sangkakan ia hanyalah sehelai tuala yang special untuk wanita. Ala, macam tuala mandi tu. Tapi bila dah matang ni, bila da ‘balik sekolah’ ni, baru lah aku faham apa yang dimaksudkan dengan ayat itu.


Setiap bulan ada hari yang paling istimewa untuk kaum wanita, hari yang special dimana kaum wanita akan diberi cuti selama seminggu. Waktu nak tunggu hari ‘bulan jatuh ke riba’ tu, macam-macam mood yang kaun wanita akan rasa.

Happy, gila-gila, sedih, lepastu gelak sorang-sorang. Lepastu tiba-tiba nak nangis. Macam tu lah yang aku rasa. Hihi. Hanya boyfriend sejati je yang mampu layan kerenah aku waktu nak tiba hari hari ‘bulan jatuh ke riba tu’.

So, setelah beberapa tahun aku mengalaminya, aku dah try berbagai jenis tuala wanita. Biasanya kalau tuala wanita tu tak ok. Wanita tu akan mengalami kebocoran. *ups, aku takkan lupakan saat itu. okay, teruskan.. macam-macam jenis kan, over night la, ada wing la, takde wing la. Hem, adalah kot lagi. Aku pon tak buat research lagi pasal tuala wanita ni.



Sekarang ni, aku nak share kat korang. Aku bukan dibayar untuk support produk ni. tapi bila aku puas hati, aku sendiri akan automatic share kebaikkannya. Begitu jugak dengan korang kan?

Yuna- commercial break Libresse. 

Tuala wanita ni, aku tertarik untuk mencubanya sebab aku suka dutanya. Yuna. Hehe, so aku try la. Aku try pon sebab minat kat Yuna. Aku beli satu pack, yang warna hijau. Slim dan ada wing. Satu bag tu ada 8 pack. Hihi. Aku try pakai.



Wow! Sungguh hebatlah serapan yang bertindak. Serapan yang sungguh kemas! Cantik. Dan tentu sekali tak bocor. Aku rasa serapan tu cantik sangat sampai aku nak tangkap gambar (mungkin agak menjijikan bagi korang). Hehe, tapi aku tak buat pon. Saje je cakap sebab terlalu teruja.




Lepas cuba satu, aku cuba lagi untuk bulan seterusnya. Yiha! Setiap kalu period, aku tak perlu risau lagi. Dengan adanya Librrese! Membuat aku berasa yakin sentiasa.


peneman ketika period!



Kepada korang yang dah selesa dengan tuala wanita yang korang guna sekarang ni. tak perlu lah tukar. Hihi. Aku cuma nak cerita tentang kepuasan hati aku je.


p/s : *tapi, kena jaga-jaga jugak dengan punggung korang ketika period ni. mana tau tiba tiba ada kebocoran berlaku. Hihi, I felt it before. Upss.

Disini, aku nak mengucapkan kepada wanita seluruh dunia “Selamat Menyambut Hari Untuk Anda!” kepada blogger blogger wanita. Kepada mak aku, kakak aku. Wanita seluruh keluarga aku dan yang paling penting. Untuk aku sendiri! SELAMAT HARI WANITA LISA.. *aku dah menjadi seorang wanita sekarang. Hihi!

 Muka seronok sempena bebas bocor. hihi

*korang baca ke tengok gambar ni? tak kisahlah mana mana pon. haha

07 March, 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening


yay! aku join segmen lagi. asal nampak segmen tambah follower je nak join. suka suka suka! Entry yang simple. kalau korang berminat meh lah join jugak. Tarikh tutup; 18March2012. OKAY, that's all for tonight. 


05 March, 2012

kucing cat kucing cat

hihi. sungguh aku suka sangat dengan kucing. tiap-tiap hari kalau bukak facebook je. ada je yang post pasal kucing. and aku nak share foto-foto kucing yang sangat comel comel tu. hihi *sambil type sambil senyum-senyum. Tetiba rindu kat Tempe tauu :(



































dan. Inilah Tempe. hihi.

kesemua gambar ini adalah daripada facebook. kecuali gambar Tempe. hii. Just share. tapi cita-cita aku nak bukak pusat kebajikan untuk kucing-kucing terbiar. harap tercapai! doakan ye :)

Maru! comel sangat!
hihi! tomey tomey sangatt! :)