27 February, 2012

Tang Mangkok


Barangkali. Hari ini aku semangat, barangkali tidak. Barangkali aku seronok. Barangkali aku berduka. Tapi aku dah kata yang reality itu menyakitkan. Aku kena pergi kerja jugak. aku kena bagi semangat kat diri aku untuk pergi kerja hari ni. aku make up cantik cantik, pakai shawl beli belit. *cehh, da habis cun la tu? 


Aku paksa diri aku sendiri untuk senyum. So begilah lah rupanya kalau kena senyum paksa. Aku tau tugas aku hari hari. Selama dua minggu berturut turut aku kena buat benda yang sama. Iaitu pergi ke tempat air busuk tu amek sample lepas tu buat oil losses test. Biasanya tugas mencedok cedok air busuk tu dilakukakn oleh Ram (pekerja Nepal). Tapi hari ni suwey la sebab si tang tu ikot aku sekali. So dia suroh aku amek sendiri.


Muka aku yang terpaksa senyum macam tadi tu. Secara automatic berubah jadi macam ni. terukkan? Huhu. Bila tiba masanya untuk melakukan sesi cedok tu, angin tiup kearah aku. Angin dari wap air yang mungkin mengandungi kimia tu. Mak aihh. Bau busuk tu memang wajib la. Lepastu siap melekat lagi kat shawl yang aku da belit belit tadi tu dengan baju aku sekali. And then muka kau terus jadi gatal and pedih. Ya allah, takotnya la kalau muka aku terus menjadi huduh kesan daripada kerja aku ni. terasa nak nangis sangat sangat tau..


Lepas tu. Muka aku jadi merah merah. Ni semua  sebab tang. Huh, aku rasa macam nak saman je dia. Dala langsung tak menjaga kebajikan pelatih macam aku ni.



Aku abadikan kenangan buruk aku hari ni dengan doodle yang aku lukis masa aku dalam keadaan yang bosan giler. *tang mangkok. 




4 comments:

Nay Yazid said...

Waa, awak buatkan kite dodol satu boleh ? hihih :P

! The Lisa ! said...

ahhahaha. awak nak dodol jugak ke? kita tak pandai la. huhu. dodol kita buat pon comot. huhu

hana said...

cpt2 cuci muka..
hihih

! The Lisa ! said...

hihi. waktu lunch balik rumah terus mandi tau