06 February, 2012

Pertama Bagiku..


Sedangku dalam merinduimu, dalam perjalananku ke sana menemuimu, perasaan gembira bermain main diminda.
 Disaat manusia sibuk dengan urusan masing masing. ku hanya memikirkanmu. 
Tiga hari bersama, ku rasakan bagai 3minit. Masa yang kutunggu berlalu dengan pantas.
 Merinduimu, takkan habis padaku. Kau meluangkan masa untuk ku, temasuk petrol yang telah kau habiskan untukku.
Aku menghargainya. Aku ingin waktu itu lagi. 
Broga Hill, satu bukit yang telah lama ku ingin terjah. Kau telah membawaku kesana. Kita mendaki bersama. 







 Ku seperti bermimpi. Dapat ku terokainya bersamamu. Caring mu, jelas di mataku. kau yang bernama sulaiman. Membuatku bahagia selalu. Walaupun ketinggian mu hanya begitu. Ia takkan menjadi penghalang cintaku padamu. Endahkan saja kata mereka. Padaku, kau lah yang ‘tertinggi’ di hatiku. Hadirmu, membuatku mengenali apakah ia yang bernama cinta. Cinta yang telah dineutralkan oleh perasaan takut kepada yang maha pencipta. Perubahan ketara kepada kita berdua. Kau yang banyak berkorban untukku. Ku inginkan saat itu lagi. Biarlah kita nikahi dengan orang yang menyanyai diri ini. Ku tunggu detik bahagia itu. Sekarang. Perasaan rindu berombak ombak seperti tsunami. Sakit. Ku harus tempuhinya. Untuk masa yang lama lagi. Walaupun baru semalam jumpa.






Keliling pusing. Bergerak otakku bengkak. Bernafas terkandas. Berhenti menanti. Memilih mengalih. Mengenang terngiang. Memandang meradang. Menanti kepastian. Adakah kau disana merindui ku bagai ku merinduimu.. ku menanti kepastian. Menanti. Dan terus menanti.




8.40 am. Isnin, 06February 12. Aku di office. Kau di kamar. Tidur. Mungkin keletihan. Aku menulis buatmu. Aku masih menanti panggilan rindu darimu. Aku mengharapkan ia. Keadaan ini sungguh tidak bergraviti. Sungguh tidak nyata untuk dipijak. Aku mengharapkan ia menjadi realiti. Aku terapung apung di kerusi hijau ini. Bahagia terseyum sorang sorang. Sendirian. 
----------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Eqa Yazid said...

mendayu - dayu perasaan saya baca entry ni, ditambah pula dgn lagu 'tentang rasa'. Semoga cinta kalian kekal abadi. Insyallah. Amin...

The Lisa said...

ouh. terima kasih eqa :)