28 February, 2012

doodle untuk hari ini

sangap melukis doodle sejak akhir akhir ini. sedang melukis. tiba tiba encik sulaiman kata nak jugak.



saya pakai paint je. sebab tu nampak macam hasil kerja budak tadika. seriously, memang takde mood nak jadi engineer. *tiba-tiba.


27 February, 2012

Tang Mangkok


Barangkali. Hari ini aku semangat, barangkali tidak. Barangkali aku seronok. Barangkali aku berduka. Tapi aku dah kata yang reality itu menyakitkan. Aku kena pergi kerja jugak. aku kena bagi semangat kat diri aku untuk pergi kerja hari ni. aku make up cantik cantik, pakai shawl beli belit. *cehh, da habis cun la tu? 


Aku paksa diri aku sendiri untuk senyum. So begilah lah rupanya kalau kena senyum paksa. Aku tau tugas aku hari hari. Selama dua minggu berturut turut aku kena buat benda yang sama. Iaitu pergi ke tempat air busuk tu amek sample lepas tu buat oil losses test. Biasanya tugas mencedok cedok air busuk tu dilakukakn oleh Ram (pekerja Nepal). Tapi hari ni suwey la sebab si tang tu ikot aku sekali. So dia suroh aku amek sendiri.


Muka aku yang terpaksa senyum macam tadi tu. Secara automatic berubah jadi macam ni. terukkan? Huhu. Bila tiba masanya untuk melakukan sesi cedok tu, angin tiup kearah aku. Angin dari wap air yang mungkin mengandungi kimia tu. Mak aihh. Bau busuk tu memang wajib la. Lepastu siap melekat lagi kat shawl yang aku da belit belit tadi tu dengan baju aku sekali. And then muka kau terus jadi gatal and pedih. Ya allah, takotnya la kalau muka aku terus menjadi huduh kesan daripada kerja aku ni. terasa nak nangis sangat sangat tau..


Lepas tu. Muka aku jadi merah merah. Ni semua  sebab tang. Huh, aku rasa macam nak saman je dia. Dala langsung tak menjaga kebajikan pelatih macam aku ni.



Aku abadikan kenangan buruk aku hari ni dengan doodle yang aku lukis masa aku dalam keadaan yang bosan giler. *tang mangkok. 




25 February, 2012

Tambah Follower Sampai Pengsan pulak


kepada yang kurang follower macam aku ni. ni aku join segmen yang dianjurkan oleh cik Lezza.

Tengok tajuk macam best je kan? haha, tambah follower sampai pengsan. sama jugak macam entry

aku sebelum ni. Kalau korang nak join pon boleh jugak. Buat entry simple pasal ni yang bertajuk

(Segmen Tambah Follower Sampai Pengsan ) yang dianjurkan oleh cik Lezza ni. Lepastu

macam biasa la. korang just kena tag blog kawan kawan yang kurang follower nya macam aku ni .

huhu. jangan lupa upload banner doraemon tu sekali tauu ! lepastu ping entry ni kat comment box

blog cik Lezza. Korang jangan lupa follow aku jugak tau :)


blog bertuah yang terpilih 

Tarikh tutup: 3/3/2012


notakaki dari penganjur:

Simple je kan syarat dia, Lezza x nak susahkan diri sendiri dan jugak korang. Meh la kita join reramai k...eh, lagi satu..Lezza minta jasa baik semua yang join segmen ni untuk follow semua blog yang join segmen selepas Lezza tutup penyertaan pada 3/3/2012. Barulah namanya tambah follower sampai pengsan. ye idak..peace. Lezza akan sentiasa update list peserta dari semasa ke semasa.



                   

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD


Tambah follower tanpa blogwalking. Tanpa kata ( I follow you, You follow I )
Siapa taknak kan? Kalau nak dan suka suka sangat meh click link ni haa : SINI. Blogger bertuah yang dipilih ialah:

blog Maktams
blog Faten
Meikans Radio

Korang nak join? boleh .. buat entry macam ni!


* ala, entry simple simple pon takpe. 


*pastu nak upload banner tu. copy link yang kat bawah gambar kat dalam blog tadi tu. pastu paste kat url nak upload gambar tu.

*pastu tag la kawan kawan lain yang kurang follower nye tu. macam aku ni :(

*lepastu da siap korang post entry ni kat comment entry blog tadi tu. tau?


notakaki daripada MD:

  • MD sendiri akan buatkan link follow button korang.. jangan risau..
  • Sistem grouping akan dijalankan.. Korang akan dibahagikan kepada beberapa group.. Satu group 50 orang.. So korang kena follow 49 ja la.. Nanti kalau letak beratus nantu pengsan pulak..
  • Selepas korang telah ditetapkan dalam group mana, korang mestilah follow semua skali peserta dalam group tersebut.. Jujur ok !
  • Waktu menfollow akan diberitahu kelak.. Korang boleh follow blog MD dan like page facebook MD untuk mengetahui maklumat lanjut..


dah siap? dah siap boleh tidur. hahaha :D

22 February, 2012

Untuk dijual


Rabu tanpa kata. Aku tempuhinya. Tanpa memalingkan hati dan perasaan makhluk tercinta. Aku rindu itu...
.........................................................................................................................

13 February, 2012

Hari Kekasih ?

Hari Santo Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang dua martir Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Ia ditubuhkan oleh Paus Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan. Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.


Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepada kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.



sumber : Encik Wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine


Dengar lah kata kata Ustazah Siti Nor Bahyah ni:


Dengar pulak Adi Putra cakap pasal Velentine ni:



Status kawan kawan saya di fesbuk tentang Velentine :)









sumber : Nur Melyssa facebook friends :)
renung-renungkan dan selamat beramal!


--------------------------------------------------------------------------------------

06 February, 2012

Pertama Bagiku..


Sedangku dalam merinduimu, dalam perjalananku ke sana menemuimu, perasaan gembira bermain main diminda.
 Disaat manusia sibuk dengan urusan masing masing. ku hanya memikirkanmu. 
Tiga hari bersama, ku rasakan bagai 3minit. Masa yang kutunggu berlalu dengan pantas.
 Merinduimu, takkan habis padaku. Kau meluangkan masa untuk ku, temasuk petrol yang telah kau habiskan untukku.
Aku menghargainya. Aku ingin waktu itu lagi. 
Broga Hill, satu bukit yang telah lama ku ingin terjah. Kau telah membawaku kesana. Kita mendaki bersama. 







 Ku seperti bermimpi. Dapat ku terokainya bersamamu. Caring mu, jelas di mataku. kau yang bernama sulaiman. Membuatku bahagia selalu. Walaupun ketinggian mu hanya begitu. Ia takkan menjadi penghalang cintaku padamu. Endahkan saja kata mereka. Padaku, kau lah yang ‘tertinggi’ di hatiku. Hadirmu, membuatku mengenali apakah ia yang bernama cinta. Cinta yang telah dineutralkan oleh perasaan takut kepada yang maha pencipta. Perubahan ketara kepada kita berdua. Kau yang banyak berkorban untukku. Ku inginkan saat itu lagi. Biarlah kita nikahi dengan orang yang menyanyai diri ini. Ku tunggu detik bahagia itu. Sekarang. Perasaan rindu berombak ombak seperti tsunami. Sakit. Ku harus tempuhinya. Untuk masa yang lama lagi. Walaupun baru semalam jumpa.






Keliling pusing. Bergerak otakku bengkak. Bernafas terkandas. Berhenti menanti. Memilih mengalih. Mengenang terngiang. Memandang meradang. Menanti kepastian. Adakah kau disana merindui ku bagai ku merinduimu.. ku menanti kepastian. Menanti. Dan terus menanti.




8.40 am. Isnin, 06February 12. Aku di office. Kau di kamar. Tidur. Mungkin keletihan. Aku menulis buatmu. Aku masih menanti panggilan rindu darimu. Aku mengharapkan ia. Keadaan ini sungguh tidak bergraviti. Sungguh tidak nyata untuk dipijak. Aku mengharapkan ia menjadi realiti. Aku terapung apung di kerusi hijau ini. Bahagia terseyum sorang sorang. Sendirian. 
----------------------------------------------------------------------------------------